PLANET 3 ;

Assalamualaikum warga blogger. Aku kembali setelah hampir berzaman biarkan blog ni tergantung sepi. How are you? Hope you guys have a good day. Rindu korang! So, just straight to the point. Korang ingat lagi tak last post aku pasal kekecewaan tak dapat pergi TEL last year? Finally Planet 3 aku dapat pergi. Jujur tak expect dapat pergi, just merancang je dan tak sangka tercapai juga impian. Syukur.

18 Mac 2017. The Exor'dium in Malaysia.

Aku, midah dan syad kitaorang pergi bertiga. Abah hantar awal pagi ke stesen lrt. From lrt to KL Sentral then rushing gila nak pergi transit ke monorel. Mesin tiket buat hal pulak masa tu, so kitaorang banyak habiskan masa dekat situ. Naik je monorail aku terkejut sebab mostly dalam tu exo-ls hahaha. Nak kenal senang je, yang pakai jersey tu exo-ls lah.
Sampai stadium dalam pukul 9 lebih. Masa tu pening nak cari green gate sebab monoraill tak berhenti straight depan gate macam red tu. Green gate kena jalan kaki sikit, mujur time tu nampak sekumpulan exo-ls so kitaorang ikut je la.

Sampai green gate aku tengok dah ramai yang beratur. Since this is my first expericence ever, so nampak lah jakunnya aku ni hahaha. Dekat situ banyak jualan goodies. Sumpah rambang mata, kitaorang  mampu jalan dan tengok je sebab time tu bawak duit memang cukup-cukup untuk survive. Keliling kawasan tu ada yang buat mini concert, i mean korang boleh join kalau nak. Aku nak join tapi diorang nyanyi lagu yixing, ofc banyak aku tak hafal.
So kitaorang duduk je la sambil nak tunggu gate bukak. Cuaca pagi tu Alhamdulillah elok. Tak panas, tak mendung sangat. Tapi muka aku berpeluh plus berminyak teruk sebab berlari-lari masa dekat stesen tadi hahaha. Nak taknak aku terpaksa beli kipas. Untung midah & syad sebab diorang dah bawak extra fans. Aku ni kena la gigih pi cari. Aku beli je apa yang aku nampak, dah takde masa nak pilih jenis kipas wei.


Kitaorang tak banyak sangat nak lawat kawasan macam orang lain, sebab busy jaga tempat (barisan tu akan bergerak kedepan) since bertiga je kami sobs. Masa duduk tu ada yang datang bagi banner untuk fanproject ect.

Keadaan banners tu still lagi elok dan cantik, korang tunggu la time concert nanti. Dah takde rupa banner dah.
Kitaorang ingat barisan yang kitaorang duduk tu barisan sebenar. Padahal bukan kot! Masa tu dengar announcement somenone cakap gate dah bukak, i was like "Asal awal sangat, pagi lagi kot!". Rupanya kena berlari masuk dalam kawasan stadium. I mean tu real queuing. Apa lagi, berlarilah! That time korang memang selfish. Aku tengok masing-masing berlari tak ingat dunia dah siap dengan luggage, aku ni dengan plastik beg kanan kiri. Ya Allah, penat tak tipu ni.
Syad dengan midah dah jauh maju kehadapan, aku ni masih tertinggal kat belakang hahaha. Mujur kitaorang dapat tempat depan jugak la. Sebab kawasan tu terhad, siapa lambat terpaksa berdiri. Kitaorang dapat jugak duduk. Ni hasil kau buat larian tak ingat dunia tadi.

kiri, sebelum masuk kawan stadium, kanan selepas berlari hahaha takde selfie
Masa ni kena bahagikan 'cat'. Since green gate just ada cat 4 & 5 so pembahagian tak banyak. Tapi nak susun tu memang pening la. Even dah nampak ada banner tulis cat tu semua, tapi still pening sebab keadaan hura-hara sikit. Aku ni siap pergi masuk cat 4 lagi padahal cat 5. Hahaha. Express lane tak ramai tapi untung sebab boleh masuk 10mins awal.
Dalam pukul 1 lebih macam tu kita orang dah boleh masuk dekat kawasan stadium, i mean depan gate. Gate satu je tapi bunyi macam banyak kan? haha proses nak pergi gate tu leceh. Nak masuk kena buat spotcheck. Tak boleh bawa camera, makanan, minuman (kecuali spritzer pfhh dah tu penaja memang lah boleh) Aku ni dengan tak makan apa, roti pun tak sempat jamah. Terpaksa lah. Masa tu mood memang spoil gila. Rasa nak balik sebab lapar.


Ni dah duduk depan pintu gate. Masa ni dah mula mendung nak hujan. Masing-masing dah prepare baju hujan. Dalam pukul 2 lebih macam tu hujan dah mula turun. Lebat sangat. Kitaorang terpaksa duduk macam tu untill gate bukak. Basah tak payah cerita memang kuyup. Sampai terkoyak rain coat tu. Organizer ada sediakn extra rain coat. Tapi kalau tengok keadaan masa tu kesian, duduk macam tu dalam keadaan hujan lebat. Nak tunggu gate bukak lambat lagi.
Aku siap pergi suruh security buka gate awal sikit sebab hujan, but ended up kena marah hahaha. So terpaksa la sabar, nak sangat pergi concert kan? hadap. Oh lupa. Sebelum hujan tu exo ada buat rehearsal. Kitaorang boleh dengar dari luar. Aku tak tahu nak react macam mana bila dengar suara exo live in REAL LIFE! Then tempat kitaorang duduk tu boleh nampak sikit bahagian big screen so nampak exo member time tu rasa nak pengsan. Masing-masing menjerit. Then, pukul 6 lebih macam tu gate dah buka untuk express lane dan diikuti gate cat 4&5. Memadangkan pintu masuk dengan seat jauh (sebab  kitaorg cat5 belah kanan, pintu masuk kiri) berlari lagi. Jauh gila nak sampai seats tu. Kena pusing half of the stadium aku rasa hahaha
  
Tengoklah betapa tersisihnya cat 5, even big screen tu pun nampak kecik lol. Masa ni bole je pilih nak duduk mana unless jangan pergi cat lain sudah. Kitaorang pilih situ sebab jelas dan dekat dengan big screen maybe.


Bila masuk, tengok stage dulu. Dah terbukti sangat jauh. Even dah zoom pun still tak nampak hahaha takpe la guys next time beli depan stage ok? Concert start dalam pukul 8:30pm. Suasana time tu aku tak tau nak describe macam mana, for those yang pergi je dapat rasa perasaan tu.


Masa opening i'm totally lost tau, i mean aku dah tak boleh kawal perasaan excited tu, menjerit sampai dah takde suara nak jerit. Tu baru opening kot dah gila macam tu. Masa first Ment tu, jerit tak henti then sampai part baekhyun aku terdiam sebab mcm tak percaya dia ada depan mata, aku dengar suara dia bercakap in my real life. Nak pengsan rasa
Fanproject untuk xiumin berjalan dengan lancar, sampai umin menangis aww. Kitaorang tunjuk gambar untuk project tu (masing-masing ada save dalam phone) then bila xiumin keluar kitaorang terus angkat that pics dan tunjuk kat dia. Aku rasa fanproject tu yang menjadi, yang angkat banner tu ramai tak alert lmao.



Gambar atas ni last MENT tak silap, part chanyeol kena 'serang' dengan lipas or something hahaha terjoget-joget dia atas stage tu, then member lain duk sibuk main air aigoo these kids. Masa ni energy aku dah tinggal berapa peratus entah sebab lapar tak makan, then penat sangat. Concert habis dalam pukul 10 lebih. Rasa sekejap je. Masa encore tu hujan dah turun renyai-renyai. Kalau ikutkan nak bercerita lagi, tapi sampai esok pun belum tentu habis, so aku rasa cukup dah la tu. Banyak pengalaman aku dapat and it was so fun! Hope exo mai lagi untuk The Elyxion!
 
That's all see you guys next time!

5 comment [s]:

Unknown said...

bestnya dapat pengalaman baru pergi concert! Tak pernah lagi pergi mana2 concert sobs sobs rasanya ada terbaca kat twitter yang EXO nak datang July 2018.

ezyra taharin said...

kesian korang lenjun kena hujan.. saya cat 3, so seated numbered. so sampai stadium lambat juga la sebab hujan kan.. ni pun 1st konsert saya pergi.. jerit mcm orang gila bila dah nampak dorang keluar.. lagu MAMA tu still terngiang ngiang kat telinga. hope next year dorang datang and please la indoor

ray said...

last time ray hntr adik je tp x join pun. hehe

Clipping Solutions said...


This site is one of those sites.Thank you so much.
Ghost Mannequin services

Mike Johnson said...

Nice post! You can share it on your instagram page and buy instagram followers to promote your profile